• SENARAI PRODUK KAMI
  • KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
  • HERBA RAWAT KANSER BAKAL DIKOMERSIALKAN
  • TESTIMONI PENGGUNA

Sembuh Selepas Enam Tahun

Walaupun sudah sembuh, Hafizal masih meneruskan rawatan herba dengan bantuan ibunya, Faridah. 
SETIAP orang mungkin pernah merasa gatal-gatal, sehingga terpaksa menggaru bahagian berkenaan. Tetapi pernahkah anda terasa gatal sehingga terpaksa menggaru seluruh badan? Lebih perit jika bahagian yang digaru itu mengelupas.

Keadaan inilah yang dialami oleh Hafizal Idris, 26, selama enam tahun.

Ketika baru menginjak dewasa, sakit kulit yang dialami mengubah hidupnya.

Dia tidak boleh aktif seperti anak muda lain sebaliknya terpaksa mengurung diri di rumah.

Akibat penyakit kronik itu, kulit Hafizal bersisik kemerah-merahan, rambut gugur dan berat badan menyusut.

Penyakit kulit Hafizal menjadi kronik pada disember tahun lalu 

"Saya terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai kerana penyakit saya semakin kronik. Tidak mungkin saya keluar dengan keadaan seperti ini," keluh anak sulung daripada empat beradik ini.

Setiap hari ibunya, Faridah Bakar, 50, akan menyapu ubat ke seluruh badan manakala bapanya, Idris Sidik, 52, mencari rezeki tambahan untuk menampung kos perubatannya.

Syukurlah, penderitaan Hafizal akhirnya mendapat perhatian seorang usahawan herba, Dr. NurmawatI Syakroni yang menghulurkan rawatan secara percuma.

Setelah hampir sebulan rawatan diberikan, penyakitnya pulih dan Hafizal mampu bekerja seperti biasa.

Dr. Nurmawati tertarik untuk membantu Hafizal selepas membaca kisahnya yang disiarkan akhbar pada Januari lalu.

"Saya kemudian menghubungi Idris menerusi telefon dan menghantar herba minyak kelapa dara, alahan dan anti virus untuk tujuan merawat penyakit tersebut. Tidak lama selepas itu, saya mendapat panggilan daripada Idris beberapa kali yang memberitahu keadaan Hafizal semakin baik," ceritanya yang kemudian mengunjungi pemuda itu di Kampung Pokok Setol, Mukim Siong, Baling, Kedah.

Utusan Malaysia pada 31 Januari lalu melaporkan Hafizal sengsara akibat penyakit kulit yang dihidapi dan semakin melarat sejak dua bulan lalu apabila keseluruhan badannya mengelupas.

"Semasa Hafizal mendapat rawatan di Hospital Baling, memang terdapat perubahan tetapi tidak lama kerana keadaannya kembali seperti asal.

"Selepas kisah Hafizal disiarkan akhbar, ramai yang menghulurkan bantuan kewangan dan ubat-ubatan. Kemudian, kami sekeluarga memberanikan diri mencuba ubat yang diberikan Dr. Nurmawati. Alhamdulillah, hasilnya baik," katanya.

Tambah Idris, selepas mencuba produk herba tersebut selama 10 hari, terdapat perubahan pada kulit Hafizal.

Kini tiada lagi sisik dan tanda merah.

"Lebih membahagiakan kami sekeluarga, Hafizal semakin yakin dan dapat bekerja semula," katanya sambil berterima kasih kepada Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr. Nurmawati dan orang ramai yang selama ini banyak membantu.

Idris dan keluarga sentiasa memberi sokongan moral kepada Hafizal agar dia tidak kecewa dan terus tabah meneruskan kehidupannya.

"Saya bersyukur sebab Hafizal tidak pernah mengeluh dan reda dengan ketentuan-Nya.

"Kesabarannya ternyata berbaloi kerana sekarang dia semakin pulih dan bersemangat," katanya menutup bicara.

* Terima kasih An Nabaat Sdn. Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor. An Nabaat bakal dipasarkan oleh MK1, Sakamoto di Jepun. (Dali: 019-4504905)

Artikel ini telah disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad 25/3/2012

Testimoni Penghidap Cycst dan Polyp

Assalamu'alaikum. Saya Cik Norita seorang wanita bekerjaya. Berusia awal 50 an. Kerja saya menuntut masa yang banyak di luar. Saya keluar seawal pukul 6.30 pagi dan akan pulang ke rumah jam 10 malam. Kadang kala mencecah 12 malam pun ada apabila kerja terlalu banyak.

Dalam kesibukan masa itu, saya disahkan oleh seorang pakar Obstetrik & Ginekologi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya yang saya menghidap cycst pada kedua-dua breast selain polyp di dalam rahim.

Selepas diperkenalkan oleh seorang rakan sekerja akhirnya, saya telah berjumpa dengan Dr Nurmawati Syakroni pengasas produk An-Nabat.

Atas nasihat beliau, saya telah cuba mengamalkan pegambilan ubat Cycst 1 dan Cycst 2 secara sistematik selama 3 bulan.

Alhamdulillah sekarang saya tidak perlu lagi berjumpa pakar setiap bulan kerana cycst tersebut tidak berkembang (tidak aktif). pertemuan terakhir dengan pakar pada bulan Ogos lalu dan doktor pakar berkenaan memaklumkan saya hanya perlu berjumpa beliau pada bulan Ogos tahun 2012.

Dalam masa yang sama polyp yang ada dalam rahim saya juga disahkan telah sembuh.

Saya merasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk mencuba ubat keluaran syarikat An-Nabat yang saya rasa memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi kesihatan. Terima Kasih An-Nabat kerana mengeluarkan produk herba yang boleh dimakan tanpa was-was.

Herba Penawar Penyakit


Ahad, 13 November 2011 (Mingguan Malaysia) Pengasas Herba An-Naabat, Dr. Nurmawati Syakroni menyifatkan setiap herba memiliki keistimewaan tersendiri.

"Di peringkat Sarjana Muda saya belajar dalam bidang farmasi di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta (UGM) dan banyak mempelajari jenis-jenis ubat sintetik dan fungsinya.

"Ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah merubah haluan dengan membuat kajian dalam bidang herba sebagai ubat-ubatan alternatif.

"Kebetulan, saya sekeluarga juga jarang mengambil ubat sintetik dari klinik, tetapi menggunakan dan menghasilkan sendiri ubat daripada herba.

"Tahun demi tahun, saya telah menghasilkan pelbagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Semuanya terjadi secara tidak langsung apabila rakan-rakan di kampus berkongsi masalah kesihatan yang mereka hadapi.

"Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan herba bagi merawat penyakit yang saya ramu dengan teliti berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah saya dapatkan selama ini," ujarnya yang kini bertugas sebagai penyelidik di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang.

Mengulas lanjut tentang pengalamannya bersama testimoni herba ramuannya, Dr. Nurmawati pernah membantu seorang kakitangan makmal di UPM. Pada awalnya, beliau melihat wanita itu seperti letih dan tidak bermaya.

"Apabila saya bertanya pada wanita tersebut, ternyata dia menghidapi penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Kemudian saya cuba membantu untuk menghasilkan ramuan herba bagi merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam proses menyediakan setiap ramuan selalu saya sertai dengan solat hajat agar diberi manfaat tanpa ada mudarat.

Selepas tiga minggu wanita itu menggunakan ramuan yang saya sediakan, doktor menyatakan bahawa wanita tersebut bebas kolestrol dan tekanan darah tinggi.

Bermula daripada ramuan Herba Turun Kolestrol itulah, makin ramai yang mula mengenali saya dan berkongsi masalah kesihatan mereka. Kini saya sudah menghasilkan 77 ramuan herba dengan jenama An-Nabaat," jelasnya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Meskipun pengenalan Herba An-Nabaat hanya 'mulut ke mulut' dan sesekali menyertai ekspo di beberapa tempat, namun sambutannya sangat menggalakkan termasuk dari Syarikat Sakmoto, Jepun.

Menurut wakil Sakmoto di Malaysia, Mohd Dali Abdullah, selepas tsunami melanda Jepun dan alam sekitar mereka tercemar dengan radiasi radio aktif, permintaan terhadap ubat-ubatan herba dari luar Jepun terutama Malaysia semakin meningkat.

"Selepas mencuba beberapa produk Herba An-Naabat dan melakukan perbincangan, pihak Sakmoto di Jepun berminat mengadakan usaha sama bagi memasarkan herba tersebut di sana. Pada tahun hadapan, pihak syarikat kami akan membawa Dr. Nurmawati ke Jepun untuk meneruskan penyelidikan dan mengkomersialkan Herba An-Naabat di Jepun. Tahun ini, Sakmoto telah menempah minyak kelapa dara dan minyak herba," ujar Mohd Dali.

Ujarnya lagi, pihak Sakmoto telah berbincang dengan Profesor Dr. Rozita Rosli bagi pihak Institut Bio Sains (IBS), UPM, untuk menjadikan IBS sebagai Pusat Penyelidikan Herba di Asia. Hasil penyelidikan tersebut akan turut dikomersial ke Jepun dan Korea Selatan.

Kesemua ramuan herba tersebut diperolehi daripada bahan-bahan alam semula jadi seperti akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan, anda boleh terus merujuk masalah kesihatan kepada Dr. Nurmawati di talian:
019-3917945 atau 013-3112724

Sumber: utusan.com.my

Muat Turun



1. Pengenalan Ringkas Herba An-Nabaat (.ppsx)

2. Senarai Produk An-Nabaat (.pdf) update: 11/11/2011

Testimoni Penghidap Hepatitis B


Pada bulan Januari lepas, saya mengalami deman dan sakit kepala yang berpanjangan. Pada mulanya saya menyangka penyakit yang saya alami adalah penyakit biasa dan hanya perlu memakan ubat yang dibeli di farmasi, namun tidak ada perubahan. Saya memutuskan untuk berjumpa doktor dan membuat peperiksaan darah. Berdasarkan hasil pemeriksaan tersebut, saya telah disahkan mengidap Hepatitis B.

Saya cuba mencari penawar penyakit saya melalui internet dan saya terbaca mengenai Herba An-Nabaat. Saya telah menghubungi Dr Nurmawati dan beliau menyarankan saya memakan Herba Penawar Hepatatis B dan Minyak Kelapa Dara. Setelah 7 bulan saya memakan ubat tersebut saya telah membuat pemeriksaan darah. Saya bersyukur kehadirat Allah SWT kerana hasil ujian kali ini adalah negatif. Penyakit Hepatatis B saya telah sembuh sepenuhnya. Alhamdullilah.

Fauzi (Sg. Besi, KL)

Testimoni Penghidap Kencing Manis


Saya merupakat seorang penderita sakit kencing manis. Saya telah memakan ubat hospital selama lebih kurang 17 tahun. Pada awal tahun ini saya mengalami keadaan yang sangat kritikal. Badan menjadi lemah dan luka di kaki pula menjadi semakin teruk. Saya kemudian memutuskan untuk berhenti memakan ubat dari hospital dan hanya makan herba kencing manis An-Nabaat (Herba Turun Gula 1 dan 2) dan Minyak Kelapa Dara yang di sarankan oleh Dr Nurmawati. Tidak sampai 2 bulan luka di kaki saya sembuh, begitu juga kandungan gula dalam darah juga terkawal.

Ismail Ibrahim (Sg. Besi, KL)

5 Keunggulan Susu Kuda Liar


Anda mungkin pernah mendengar atau melihat iklan mengenai susu kuda liar. Dalam iklan tersebut, seringkali disebut bahwa susu kuda liar dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser payudara, kanser pangkal rahim, juga bahkan dikatakan mampu meningkatkan gairah seksual.

Di samping itu susu kuda liar juga memiliki sejumlah keunggulan yang perlu anda ketahui. 5 di antaranya ialah:

1. Kaya dengan vitamin
Kandungan vitamin susu kuda liar lebih banyak daripada susu lembu. Vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu kuda liar antara lain ialah: Vitamin A, B2, B6, B12, C, E, zat besi, kalsium, kalium dan magnesium.

2. Menyembuhkan radang usus
Para pakar dari Universiti Jena di Jerman menemukan melalui hasil kajian mereka bahwa susu kuda membantu mengatasi gangguan radang usus besar, yang biasanya ditandai dengan cirit birit yang parah bercampur darah.

Radang usus dapat disebabkan kerana terlalu banyak bakteriaa jahat di dalam usus. Bakteriaa itu menciptakan racun yang mengiritasi dinding usus kemudian diserap ke dalam darah. Hal ini pada akhirnya menimbulkan cirit birit atau sembelit, usus bergejolak, perut kembung, mual dan meningkatkan produksi asam lambung. Susu kuda liar dapat merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus, sehingga bakteria buruk tidak dapat berkembang lebih banyak dan zat-zat beracun dalam darah dapat dibuang.

3. Sesuai sebagai pengganti susu lembu
Kata Dr Rene Madeleyn dari departemen pediatrik di RS Filder di Stuttgart: “Susu kuda mengandungi banyak antibodi penetralisir bakteria dan virus ini adalah susu haiwan paling mirip dengan susu manusia. Kami sering memberikannya kepada bayi prematur untuk meningkatkan kekuatan dan kekebalan terhadap penyakit.”

Susu kuda sangat mirip dengan air susu ibu baik dari segi kandungan gizi mahupun komposisinya. Selain susu kambing, susu kuda dapat menjadi alternatif bagi bayi yang alergik terhadap susu lembu. Namun adalah perlu berhati-hati dalam memilih produk kerana apabila penyiapannya secara tidak steril, maka akan berbahaya bagi bayi. Konsultasikan dengan dokter Anda sebelum memberikan susu kuda kepada bayi.

4. Menyembuhkan eksim
Eksim adalah salah satu penyakit kulit paling umum yang menyebabkan infeksi pada bahagian kulit yang ditandai dengan gatal, kemerahan, bengkak dan melecet. Susu kuda yang dipekatkan dan dicampur dengan lidah buaya dapat mengurangi gejala eksim hingga 30%.

5. Lebih awet dan tahan lama
Susu kuda mengandungi komponen antibakteria yang semulajadi sehingga membuatnya mampu awet dantahan lebih lama.

Susu Kuda Liar Cegah Pelbagai Penyakit


KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) Pengambilan susu kuda liar secara berterusan didapati mampu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh daripada rosak dan dijangkiti kanser, demikian menurut satu kajian.

Di samping itu ia berupaya melambatkan proses penuaan, menghindarkan tekanan serta penyakit berkaitan darah seperti denggi, kencing manis dan asma. Namun kesan penyembuhan bagi setiap individu adalah berbeza.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Rozita Rosli, yang berkata, "setakat ini, tiada lagi kajian saintifik (lain) yang dijalankan ke atas kesan susu kuda kepada pesakit kanser dan kami adalah perintisnya pada tahun 1997".

Dr Rozita berkata, perbandingan melibatkan empat jenis susu iaitu susu kuda liar, susu lembu, susu kambing, dan susu manusia; mendapati susu kuda liar adalah susu yang paling menyamai susu manusia dan ia mempunyai ciri-ciri terapeutik atau penyembuhan terhadap penyakit-penyakit tertentu.

KAJIAN IN-VITRO

Beliau menambah, fokus utama kajian adalah terhadap mekanisme tindakbalas susu kuda baka Niemans bagi sel kanser iaitu dua jenis penyakit leukemia (kanser darah) dan seterusnya terhadap empat jenis sel kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser payu dara dan kanser usus.

"Dalam kajian in-vitro yang dijalankan terhadap sel leukemia dari manusia, antara 50 hingga 60 peratus pengurangan dapat dilihat dari segi jumlah kematian sel kanser.

"Ini secara tidak langsung membuktikan susu kuda liar mempunyai sifat antikanser yang mampu bertindak balas terhadap sel-sel kanser tersebut," katanya.

"Ia juga membantu untuk membekalkan tenaga tambahan, melambatkan proses penuaan dan menopaus, serta mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi,

BERNAMA 17/5/2008